Saturday, December 26, 2009

Contest untuk follower Sharhanah


Pagi-pagi buta ni mata cerah benderang lagi. Tetiba terjumpa satu contest dialog abah & anak ni.

Contest ini khas untuk para follower blog SharHanah. Untuk syarat-syarat lanjut boleh klik banner anak beranak di atas ye :)

Meh tengok dialog saya :D

Anak : Eh bapak, tak sangka ek bila tengok dekat-dekat bapak ni hensem macam Dato' K la.

Bapak : Ha, baru kamu tau ye nak. Dulu Siti Nurhaliza tu beria-ia ngorat bapak taw, bapak je tak layan. Bapak nak mak kamu jer....eheheh.

Thursday, December 24, 2009

Selamat bercuti semua!

Selamat bercuti semua!

Saya akan bercuti mulai esok 25/12/2009 (Jumaat) sampai 3/01/2010 (Ahad)

10 hari yang indah...hihi.

Owh, maybe kalau malas melampau, cuti akan di extend lagi 2 hari iaitu sampai 5/01/2010 (Selasa)....hohoho.

Peratus untuk blog diupdate adalah amat tipis.

Unless kalau maxis broadband 'bekerja' dengan jayanya maka adalah se-entri dua.

Kalau nan ado kelembapannya, makanya blog ku juga akan cuti bersama daku....wiuwiu :)

SELAMAT BERCUTI SEMUA! :D

*loves, SYEEFA*

BLACK & WHITE PHOTOGRAPHY Contest..


Contest kedua untuk hari ini :)
Contest black and white ini dianjurkan oleh Ezzan.
Saya perlu upload gambar sendiri, tapi kalau nak letak gambar ramai-ramai pun boleh tapi haruslah watak utama adalah diri sendiri ya.

So, saya letak gambar bersama buah hati pengarang jantung saya :)




Gambar muka saya saja dah penuh skrin kalian kan? (hihihi)

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY


Nak masuk contest lagi :) Contest serius baby ini dianjurkan oleh ibu rifqi.
Boleh klik pada banner atas nun kalau nak join ye.

So, ini dia gambar serius Syeefa..hehe.
Sampai berkerut dahi luas tu ha...


Nur Syeefa Farisha bt Mahazir

DOB : 20 February 2009
10 bulan


Tuesday, December 22, 2009

Pesta Penang 2009


Ahad baru ni saya dan family menjejakkan kaki ke Pesta Penang buat kali entah ke berapa. Sejak saya bermastautin di Penang saban tahun tak pernah missed ke pesta Penang. Tiap tahun wajib tonton pergi.

Bukan takat setahun sekali, tapi 3 4 belas kali pergi setahun. Tak tau lah apa yang syoknya bagi saya yang tua bangka ni...hihi.

Kalau tahun lepas saya bawak Syeefa 7 bulan dalam perut, kali ni Syeefa dah 10bulan di luar perut!

Tiket adult adalah 3 ringgit dan children adalah singgit.

Kami bertolak agak awal supaya boleh pulang awal. Tahun lepas sampai dah pukul 10 jadi balik rumah jam 2 pagi sudah. Ingat tak ramai orang lagi bila datang awal, tapi parking full house! Terpaksa parking ditepi jalan dan hasilnya adalah surat saman terselit di wiper *haih*

Memang meriah pesta Penang. Tapi kebanyakan orang berdiri di tengah-tengah berfikir samada "nak naik yang mana satu ek,," ataupun "ish, ngeri nye nak main bendalah ni, buatnya terjatuh ke apa ke..?". Hihi, sudahnya, berdiri di tengah-tengah memandang-mandang kearah manusia lain yang berani mati naik permainan di situ :)


Saya ingat lagi. Segar diingatan tau, masa tu saya ke sini bersama kawan-kawan. Saya naik 'sky rider' di atas. Its quite fun jugak walau pun muka pucat lesi bila buaian tu berpusing laju. Dalam hati asik berdoa banyak-banyak agar selamat dari malapetaka. Saya fikir bukan-bukan. Kalau lah, terputus tali tu rasanya kalau tak terhumban di atas rumah flet belakang tu, maybe saya berada ditengah-tengah laut *nauzubillah* Tapi saya tahu, sebelum apa-apa pekerja disitu dah pastikan semua permainan adalah selamat untuk dinaiki :)

Bagi saya 'sky rider' belum mencabar. Then saya dan kengkawan try pulak naik 'top gun' ini. Dan, taubat nasuha saya tak nak naik apa-apa dah! Nampak macam ok, tak laju. Tapi bila berada di atas dalam keadaan 'kaki keatas kepala kebawah', tak nak lah saya naik lagi!


Anak saudara saya dan rakan-rakan nya ada di dalam 'top gun' ini. Kami-kami ni jadi tukang ketawa bila mereka turun dan mengadu itu ini....wakakakaka. Tak sapa suruh.


Tak sanggup lagi saya nak cerita pasal ini.


So tahun ni saya mencuba yang lite-lite saja kata orang. Plus, bawak si kecik kan. Harus tunjuk contoh teladan yang baik...ekeke.


Saya bawak Syeefa naik 'belon' ini. Pusing tak sampai 2 minit pun tapi perlu 2 token. 1 token 2hengget ye puan-puan. Dan saya dengan Syeefa 4 token bersamaan 8hengget jadinya. Saya naik bersama kakak ipar dan anaknya, jumlah adalah 16hengget! KFC pun boleh 2set nih *tak palah setahun sekali ;P



Anak saudara ajak saya masuk rumah hantu. Dia penakut tapi nak masuk juga. Sudahnya saya jadi mangsa jalan paling depan. Kepada sesapa yang tringin nak menakutkan diri sendiri dan nak masuk dalam ni, saya nasihatkan supaya lupa kan saja. Membazir 4 Ringgit Malaysia je. Langsung tak menakutkan tapi saya menjerit paling kuat. Kat dalam sangat gelap then ada asap-asap sket. Pastu gantung muka-muka hantu. Kelakar adalah. Ada manusia akan ketuk-ketuk dinding just nak bagi terkezut. Tak sampai semenet je nak gabra di dalam tu, pendek sangat laluan dia. Perhatikan gambar atas tu. Lalu di tingkat atas dan bawah. Finish.



Daniel main bumper car sampai 3 round. Yang ini khas untuk kanak-kanak comel sahaja...hihi.


Syeefa tecik lagi. Tengok saja ya. Jimat duit ibu :D


Sapa yang teruja lebih naik horse ni....hihi.


Syok dia belek-belek kuda tu. Ibu dia pun syok jugak, guna alasan bawak anak padahal diri sendiri teringin naik....kahkahkah.

Tapi saya berdiri saja lah, mana buleh naik atas kuda tu. Tak pasal-pasal mesin ni rosak bertahun-tahun....ahahaha..

Sempat juga bawa Syeefa ke sini tahun ni. Sebab lepas ni tak tak ada kesempatan lagi sebab minggu depan dan seterusnya banyak aktiviti lain lagi :)
Itu saja. Bye.



Kerja dari rumah?


Semalam sambil melayan si tecik sambil relax-relax tengok buletin utama.

Tiba-tiba ada berita tentang kakitangan kerajaan yang bekerja dari rumah.

39 kakitangan kerajaan iaitu yang berjawatan juru ukur bahan, pelukis pelan dan juru teknik dipilih untuk bekerja dari rumah.

Katanya selain dapat menjimatkan kos bagi yang tinggal jauh dari pejabat, ia juga dapat menjimatkan masa disamping kualiti masa bersama keluarga dapat ditingkatkan.

Masa bekerja remain 8 jam sehari dan punch card akan dipantau setiap hari oleh ketua jabatan.

Bunyinya menarik kan?

Mula-mula saya buat tak kisah saja. Then bila PM kata maybe ia akan diperluaskan jika 'hasil'nya begitu baik, saya jadi teruja uja!

Bayang kan kalau saya boleh bekerja dari rumah, tak payah bersusah payah menempuh sejam perjalanan ke opis! Sangat la wasting my time hari-hari begini.

Bangun pagi, tak payah mandi terus boleh punch card (bagaimana cara punch card tidaklah diketahui).

Breakfast, lunch, tea time dirumah tak payah keluar sekupang pun.

And the best part is, Syeefa boleh direct feeding tak payah saya pump 3 kali time ofis hour lagi dah. Heaven kan?

Owh, Dato' Seri boleh tak realisasikan hajat besar saya ni? (hehe)

Tapi suami saya kata kalau buat kerja di rumah tak jadi kerja plak. Sibuk dengan menda lain.

Jeles la tu....wahaha :D


Monday, December 21, 2009

Milestone Syeefa (10 months)


Semalam patutnya Syeefa punya birthday month. Tapi dek ibunya sibuk bersuka suki kesana kumari, maka tengahari rembang begini barulah terhasilnya entri ini :)

Bila saya tengok anak saya lama-lama, saya selalu seakan tak percaya yang dia sudah besar begini. Saya selalu fikir kenapa saya tak perasan 'kebesaran' dia padahal hari-hari saya bersama dia. Dulu masa keluar dari perut, kecillll aje sekarang sedar-sedar dah boleh melompat-lompat dah. Sungguh saya tak boleh perasan. Bila tengok gambar baru nampak ketara perbezaan bulan ke bulan :)

Perkembangan 10 bulan anak dara saya :)

1. Kalau dulu boleh gerak kan tangan bila saya nanyikan 'cak cekur udang gamit...'. Sekarang dah pandai nyanyi sendirian berhad tapi dalam bahasa dia lah...hihi. Tapi melodi dia betul!

2. Pandai point fingers dah bila suka sesuatu benda. Contohnya bila nampak bird bertenggek kat atap rumah :)

3. Bila nyanyi 'twinkle twinkle little star..', buat tangan genggam-buka-genggam-buka. Tak pandai lagi buat betul-betul lagi.

4. Pandai bagi barang kat kita bila kita minta 'ibu nak...' atau 'give it to me..' :)

5. Gigi masih satu batang ye kawan-kawan :)

6. Lebih suka makan ubat dengan spoon instead of syringe.

7. Pandai cakap 'ma mau' (tak mau) bila tak suka sesuatu. Contoh : buang hingus guna tisu atau bagi ubat guna syringe.

8. Suka main baling-baling ball. Pas tu dengan gigihnya pegi kutip sendirik...hihi.

9. Dulu minum air masak guna botol, then tak suka, Suap dengan spoon pulak. Sekarang lebih suka minum dengan cawan. Pandai anak ibu ni :)
10. Kuat makan. Belum suap lagi dah standby nganga luas-luas. Saya dah pernah suap dia nasik minyak, nasik goreng, nasi ayam (semuanya nasi..hihi), mee, kuih muih tapi dalam kuantiti yang sedikit lah. Bukan sampai kenyang. Biar dia rasa tekstur makanan yang berbeza-beza. So that, bila besar nanti tak lah cerewet makan ya sayang :)

11. Pandai merajuk bila papa buat-buat marah. Datang kat ibu then tepuk-tepuk ibu konon nak mengadu. Sooooo ssooooo suweeetttt lah : D

12. Boleh bangun sendiri dah. Tapi kena berpaut lah.

13. Tak nak dipegang bila berdiri. Nak berdikari la tu konon...hihiks.

14. Boleh berjalan 5 6 langkah dah! Hurrayyyy. Tak lama lagi berlari lah anak ibu ni :) (Saya yang eksaited taw)



Anak dara ibu yang manis :)

Ibu love Syeefa.



Saya akan teruskan perjuangan menyusukan Syeefa at least sampai dua tahun nanti. Biar susu ibunya sebati dalam diri Syeefa :) Walau ada lagi yang masih 'susah hati' bila saya menyusukan dia, saya tak peduli. Saya bersusah untuk menyenangkan Syeefa. Tapi tak la susah pun. Pergi ke mana-mana tak payah bawak botol, air panas segala. Sumbat aje yang fresh :)


Thursday, December 17, 2009

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431

Selamat menyambut tahun baru Maalhijrah buat semua bloggers.

Semoga di tahun baru, kita semua akan menjadi seorang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

"Ya Allah, aku berdoa agar kau sentiasa menetapkan iman kami, memudahkan segala urusan kami, menjadikan kami hambaMu yang bertaqwa, semoga kami sentiasa bahagia, dimurahkan rezeki serta dilimpahi rahmatMu Ya Allah. Aku memohon agar kau sentiasa melindungi kami dari segala kejahatan, jauhkan kami dari perkara mungkar, dan jadi kan kami orang-orang yang beriman dan memperolehi keberkatanMU Ya Allah. Kau berikan lah kami tubuh badan yang sihat dan hindari lah sebarang kesakitan dan kecelakaan ke atas kami.....AMIN....."

Saya harap hidup saya akan lebih bermakna di tahun 1431hijrah ini :)

Tahu apa saya mengidam semasa mengandung?

Masa mengandung dulu saya tak la mengidam benda bebukan atau pelik-pelikan.

Saya tak rasa saya mengidam tapi lebih kepada 'terasa nak makan sesangat sangat'..hihi.
Mengidam la tu...aparaaa.

After kawin saya berjauhan dengan suami sampai la saya mengandung 5 bulan baru dapat transfer ke Penang. Rezeki bayi yang bernama Syeefa :)
Alhamdulillah sangat. Legaaaaa rasanya. Boleh la tidur di celah ketiak suami.

Sebelum saya tau saya mengandung, ada satu hari tu tiba-tiba saya beli jeruk dan asam berpeket-peket di kedai mamak. Tapi saya tak la pelik sebab perasaan itu biasa-biasa saja. Mungkin terasa nk makan sebab nampak cam menarik je tergantung di kedai tu :P Balik rumah, housemate perasan dan camdet (perli) kata saya dah pregnant.

Sebenarnya waktu saya pun lupa yang makan jeruk asam di dikaitkan dengan wanita cantik mengandung.
Bila period saya terlewat berhari-hari saya pun curios jugak sebab amat jarang period tak teratur. Tapi saya masih tak percaya saya mengandung sebab saya rasa macam 'projek besar-besaran tidak successfull'...ekeke. Iyolah kan, pas honeymoon kelam kabut balik ke Putrajaya demi kerjaya :)

Hasil uijan di pregnancy kit menggembirakan saya dan suami. Dalam hati saya "suburnya haku.." :)
Saya bunting pelamin. Tak sia-sia honeymoon di Pangkor. (Apa kena mengena nih...hihi).
Nasib baik lah saya tak mengalami alahan teruk. Just a minor morning sickness aje.
Tak boleh nak bau makanan di kedai. Rasa nak uweekkk.......
Nasik pun jarang-jarang singgah di perut.

Satu hari, tiba-tiba saya sangaaattt teringin satu benda ni. Bulan puasa pulak tu.
Susah nak cari di putrajaya. Tambah pulak tak ada transport nak ke sana kumari. Hari-hari sebut di mulut aja lah.

Pernah ada kawan-kawan saya kata "ni cuma mind set ko kot...bukannya betul mengidam pun"
Mind set ke? Kalo gitu baik mindset saya ngidam makan daging rusa ke, ayam belanda ke berbaloi-baloi la sikit nak mengidam pun ye dak?
Tak pe, tak pe...maybe diorang tak faham kot.
Nanti la turn korang plak..."mind set je tuh....jangan ngengada ok....." hihi.


Nasib CC saya prihatin. Dia belikan saya. Tapi yang belum masak lagi. Tak kan nak suruh dia tolong goreng pulak kan, melampaui batas sudaa...kira besar rahmat dah bila ada yang belikan.
Saya harus masak sendiri di rumah. Di rumah sewa saya tak ada dapur gas sebab jarang masak.

Jarang apanya, tak pernah pun..hihi. Sebab 2 orang lagi housemate saya jarang lekat di rumah. Kalau ada pun tak makan kat rumah. Membazir gas je nanti...ekeke.

Sebab saya teringin sangat, saya goreng dalam periuk nasik. Tak penah dibuat orang kan?
Jadi la dari takde. Bila suami nak datang lawat saya (macam orang sakit lak kena lawa-lawat neh), dia goreng siap-siap kat rumah.
Berselera saya makan tak yah lauk lain dah. Seminggu saya hadap itu je.
Maklumlah didatangkan khas dari Penang. Buatan sang suami lak tu. Ingat sonang ko?

Nak tau apa saya mengidam??
Tarik napas panjang dulu ya..



Sila scroll


v

v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


jeng jeng jeng


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v

scroll lagi


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


Taraaaaaa.....

IKAN PEKASAM!

Goreng dengan bawang dan cabai kering sekali
Di makan dengan nasik panas dan kicap manis


Marvellous!

Timakasih En Google :)

Baik kan tekak saya mengidam yang mudah-mudah aje.
Senang suami bela...hihihik.

Tiba-tiba teringin lak. Ini baru betul mind set ni. Nak cari lah balik karang.
Nampaknya saya sorang je yang makan. Seisi rumah yang lain tak lalu katanya.
Rugi rugi :)

Lawak Pak Pandir~~

Maybe ada yang dah pernah baca cite Pak Pandir ni, tapi saya tempek juga di blog buat modal gelak-gelak di siang hari :D
Saya edit sikit-sikit untuk lebih teratur dan mudah dibaca.
*Pak Pandir adalah penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal. Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit pun dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Pak Pandir jawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
*Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
*Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis. “Aduh…lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
*Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada .
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……
*Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…
*Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..
*Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..
*pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????
*Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: “Panasnya dalam helikopter ini …”. Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu: “Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”
*Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone … “Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …? Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”

Kasihan Pak Pandir....hehehe.